Sejarah Arquebus Jawa

Pengetahuan untuk membuat senjata berasaskan senjata api di kepulauan itu diketahui selepas serangan Mongol ke Jawa (1293 M).[5] Ini mengakibatkan pembangunan meriam kecil mudah alih seperti cetbang dan lantaka.[6] Tetapi ilmu tentang membuat senjata api datang kemudian, selepas pertengahan abad ke-15. Ia dibawa oleh negara Islam di Asia Barat, kemungkinan besar oleh orang Arab. Tahun pengenalan yang tepat tidak diketahui, tetapi ia dapat disimpulkan dengan selamat tidak lebih awal daripada tahun 1460.[7]:23

Jawa

Kerajaan Majapahit mempelopori penggunaan senjata berasaskan ubat bedil di nusantara. Catatan tentang penggunaan senjata api dalam pertempuran melawan tentera Giri pada tahun 1470an:

"... wadya Majapahit ambedili, dene wadya Giri pada pating jengkelang ora kelar nadhahi tibaning mimis ..."

"... tentera Majapahit menembaki (bedil=senjata api), manakala tentera Giri berguguran kerana mereka tidak kuat dihujani peluru (mimis=peluru bulat)..."

- Serat Darmagandhul

Detail dari mekanisme pencucuh.

Arquebus ini mempunyai persamaan dengan arquebus Vietnam pada abad ke-17. Senjata ini sangat panjang, boleh mencapai 2.2 m panjang, dan mempunyai bipod yang dapat dibengkokkan.[1] Catatan Tome Pires tahun 1515 menyebut pasukan tentara Gusti Pati, wakil raja Batara Brawijaya, berjumlah 200,000 orang, 2,000 diantaranya adalah tentera berkuda dan 4,000 adalah musketir.[8] Duarte Barbosa sekitar tahun 1510 mengatakan bahawa orang Jawa sangat pandai membuat artileri dan merupakan penembak artileri yang baik. Mereka membuat banyak meriam 1 pon (cetbang atau rentaka), senapang lantak panjang, dan senjata api lainnya. Setiap tempat disana dianggap sangat baik dalam pembinaan artileri, dan juga dalam ilmu penggunaanya.[9]

Semenanjung Melayu

Portugis menemui pelbagai senjata ubat bedil selepas penaklukan Melaka pada tahun 1511. Adalah diketahui bahawa orang Melayu mendapat senjata dari Jawa.[7]:21-22

Joao de Barros menerangkan suatu kejadian saat penaklukan di buku Da Asia:[10]

"Sebaik sahaja jong melintasi pinggir pasir dan membuang jangkar, tidak jauh dari jambatan itu, artileri Muslim melepaskan tembakan ke arahnya. Beberapa senjata menembak peluru timah pada jarak waktu tertentu, yang menembusi kedua-dua belah kapal, melakukan banyak pembunuhan di kalangan kru. Dalam panas tindakan itu Antonio d'Abreu, si komander, ditembak di pipi oleh sebuah fusil (senapang), yang membawa banyak giginya."

Senapang-senapang matchlock yang menembak menembus melalui kedua sisi kapal mereka, memiliki laras yang sangat panjang dan kaliber 18 mm.[11]

Ahli sejarah Fernão Lopes de Castanheda menyebutkan senapang matchlock (espingardão - espingarda/arquebus besar), dia mengatakan bahawa mereka menembak mimis (peluru bundar), beberapa terbuat dari batu, dan sebagian dari besi yang ditutupi timah.[12][7]:22 Putra Afonso de Albuquerque menyebutkan persenjataan Malaka: Ada senapang matchlock besar, sumpitan beracun, busur, panah, baju berlapis baja, tombak Jawa, dan jenis senjata lainnya.[13] Selepas Melaka ditaklukan Portugis, mereka menangkap 3,000 daripada 5,000 senapang yang telah diberikan oleh Jawa.[14]:96

Indochina

Arquebus Jiaozhi dari tahun 1739. Perhatikan mekanisme sederhananya.

Đại Việt disebut oleh dinasti Ming China telah menghasilkan senapang matchlock yang sangat maju pada abad ke-16-17, melebihi senjata api Uthmaniyyah, Jepun, dan Eropah. Pemerhati Eropah dari perang Lê–Mạc dan perang Trịnh–Nguyễn juga menyatakan kebolehan untuk membuat matchlock oleh orang Vietnam. Senapang matchlock Vietnam dikatakan dapat menembusi beberapa lapisan baju besi, membunuh dua hingga lima orang dalam satu tembakan, tetapi juga menembak dengan senyap untuk senjata sekalibernya. Orang China memanggil senjata ini sebagai Jiao Chong (交銃, bermaksud arquebus Jiaozhi), dan mencatat kesamaannya dengan Zhua Wa Chong / arquebus Jawa.[1]